Mas Ermieyati Bongkar Apa Yang Berlaku Dengan Azmin Ali & Tun Faisal

Lebih Masa

Lebih Masa

2,735 views

Dalam episod terbaru Lebih Masa, Nik Nazmi dan Kamarul Bahrin duduk bersama Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), untuk menyelami perjalanan seorang wanita yang membesar dalam keluarga yang dekat dengan dunia politik. Daripada melihat perjuangan bapanya, menyertai Puteri UMNO ketika masih muda, sehingga membina laluan politiknya sendiri, setiap fasa membawa pengalaman yang membentuk diri beliau hari ini.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati turut berkongsi tentang cabaran sebagai wanita dalam politik, perubahan peranan golongan muda serta pengalamannya sebagai Pengerusi PAC. Antara perkara yang turut disentuh ialah isu Tabung Haji, yang menurut beliau mendapat perhatian PAC kerana melibatkan kepercayaan rakyat terhadap sebuah institusi penting negara. Beliau juga berkongsi tentang keputusan besar yang pernah dibuat sepanjang perjalanan politiknya.

Daripada kisah keluarga, perjuangan wanita dan suara anak muda, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati membuka sisi perjalanan yang jarang dilihat di luar pentas politik. Dengarkan kisah, pengalaman dan pandangan beliau hanya di Lebih Masa.

00:00 - Pengenalan Episod
05:03 - Sisi Lain Mas Ermieyati
07:01 - Nak Jadi Macam Ayah
09:58 - Rumah Kena Lelong
10:40 - Politik Bukan Tentang Jawatan
11:03 - Cabaran Sebagai Wanita
12:04 - Politik Di Melaka
12:25 - Ibu Menangis Di Pusat Mengundi
16:41 - Bila Tabung Haji Dipersoalkan
18:11 - Awal Perjalanan Politik
18:29 - Masuk UMNO Nak Cari Kawan
20:02 - “Kami Bukan Hanya Penyedap”
21:03 - Kuasa Anak Muda
23:35 - Percaya Pada Kemampuan Wanita
25:17 - Kenapa Tinggalkan Bersatu?
28:31 - Bila Kepercayaan Hilang
29:30 - Bila Keputusan Tak Dihormati
43:00 - Peranan Anak Muda Dalam Politik
49:00 - Kuasa Anak Muda
1:06:52 - “Ini Signal Depression”

Hos:
Nik Nazmi Nik Ahmad:   / niknazminikahmad  
Kamarul Bahrin:   / kambahrin  
Like, Follow, Share, Subscribe:
Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa

Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio:
Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa

Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com

Kredit:

PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff
PENERBIT: Sherry M.Shariff
JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon
EDITOR: Aben Othman
SOCIAL MEDIA MANAGEMENT:  Ezza Nur Azira

#LebihMasa #NikNazmi #MasErmieyati #PolitikMalaysia #AnakMuda #WanitaDalamPolitik #SuaraRakyat #GenerasiMuda #UMNO #BERSATU #Wawasan #PolitikMelaka #MasjidTanah #Depression